<object height='350' width='425'><param value='http://youtube.com/v/KJ10hEVVL0g' name='movie'/><embed height='350' width='425' type='application/x-shockwave-flash' src='http://youtube.com/v/KJ10hEVVL0g'/></object>
AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-31752138794032032452009-05-07T22:47:00.001+08:002009-05-07T22:47:09.976+08:00Arrests galore at SUK
<object height='350' width='425'><param value='http://youtube.com/v/lklESQmOODY' name='movie'/><embed height='350' width='425' type='application/x-shockwave-flash' src='http://youtube.com/v/lklESQmOODY'/></object>
AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-70685109083346483582009-05-07T22:22:00.001+08:002009-05-07T22:22:12.608+08:00Suasana di Luar Persidangan DUN Perak: Di Depan Markas FRU, Ipoh Perak -7 Mei 2009
<object height='350' width='425'><param value='http://youtube.com/v/FY6A2dEL7PE' name='movie'/><embed height='350' width='425' type='application/x-shockwave-flash' src='http://youtube.com/v/FY6A2dEL7PE'/></object>
AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-65104477400950514542009-05-07T22:13:00.001+08:002009-05-07T22:13:11.458+08:00Perlantikan Speaker Haram DUN Perak 7 May 2009
<object height='350' width='425'><param value='http://youtube.com/v/LPOWoqSYTsA' name='movie'/><embed height='350' width='425' type='application/x-shockwave-flash' src='http://youtube.com/v/LPOWoqSYTsA'/></object>
AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-52124478930416897542009-05-07T22:11:00.001+08:002009-05-07T22:11:31.404+08:00Suasana di Luar Persidangan DUN Perak (1) - 7 Mei 2009
<object height='350' width='425'><param value='http://youtube.com/v/2miik7_H_WM' name='movie'/><embed height='350' width='425' type='application/x-shockwave-flash' src='http://youtube.com/v/2miik7_H_WM'/></object>
AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-70697620264142295432009-05-07T22:03:00.001+08:002009-05-07T22:03:00.575+08:003 arrested for sending birthday cake to PM's office
<object height='350' width='425'><param value='http://youtube.com/v/9XXzvmwmMRk' name='movie'/><embed height='350' width='425' type='application/x-shockwave-flash' src='http://youtube.com/v/9XXzvmwmMRk'/></object>
AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-1082110819787627712009-04-05T13:24:00.000+08:002009-04-06T13:25:45.890+08:00Pemilihan KJ, Najib bonus untuk PRGOMBAK - Keputusan pemilihan UMNO baru-baru ini, yang memihak kepada pemimpin yang ditolak oleh rakyat akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
Persurujaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata demikian ketika diminta mengulas pilihan raya kecil di dua kawasan berkenaan.
Menurutnya, dalam pemilihan UMNO baru-baru ini, beliau merasakan terdapat satu lonjakan dan kekuatan baru kepada rakyat di kawasan yang menghadapi pilihan raya terutama pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, katanya terdapat tokoh lain yang sememangnya secara umum telah ditolak oleh rakyat tetapi telah ditabalkan sebagai pemimpin UMNO, perkara ini akan memberi kelebihan kepada PR.
“Begitu juga dengan isu poltik wang seperti yang dilaporkan dalam media hari ini (kelmarin) yang kemungkinan berlaku dalam kalangan pemimpin tertinggi yang dipilih pada pemilihan parti itu, semua ini rakyat akan nilai,” katanya.
Sementara itu beliau tidak menafikan kehadiran Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Ezam Mohd Noor dalam berkempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang bukan sahaja memberi kelebihan kepada UMNO tetapi turut memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat (PR).
Menurut beliau, kehadiran Ezam dalam berkempen dalam pilihan raya kecil ini dapat menarik pengundi atas pagar di Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau tetapi tidak sedikit pun menggugat pe-ngundi PR.
“Kehadiran Ezam ke sana memanglah diminta oleh orang UMNO dan apa yang saya rasakan kekua-tan Ezam barangkali dalam kalangan orang atas pagar tetapi tidak menggugat kita (PR),” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Ezam dalam berkempen.
Menurut Dr Hasan, dengan adanya isu besar seperti keruntuhan kerajaan PR dan pertabalan kerajaan baru yang sehingga sekarang belum mendapat jalan penyelesaian kecuali di peringkat makamah juga dilihat dapat memberi impak yang sangat besar sehingga mengundang simpati rakyat kepada PR.
Dr Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, berkata, soal isu besar ini tidak mampu dibawa oleh Ezam untuk memancing hati rakyat supaya memilih Barisan Nasional (BN) jika dibandingkan dengan isu yang dihadap oleh rakyat terutama di Bukit Gantang sekarang.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-20117207267908539982009-04-02T13:17:00.001+08:002009-04-06T13:19:13.729+08:00MB yakin menangSHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) meletakkan harapan besar mencipta kemenangan dengan agregat 3-0 pada tiga pilihan kecil raya kecil yang bakal diadakan serentak minggu depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kata beliau, PR kini berusaha keras untuk memastikan harapan menang bersih di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Batang Ai di Sarawak dan Bukit Selambau (Kedah) dan satu kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak menjadi kenyataan.
Keyakinan itu, katanya, ada kaitan dengan sokongan luar biasa pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut terhadap PR di ketiga-tiga kawasan semasa proses penamaan calon 29 Mac lalu.
“Pengalaman saya sewaktu penamaan calon di Batang Ai, saya dapati kumpulan daripada PR begitu ramai datang menyokong dan ini pertama kali dalam sejarah Negeri Sarawak, yang mana kumpulan penyokong bukan Barisan Nasional (BN) lebih ramai daripada BN.
“Kali pertama juga dalam sejarah di Batang Ai, seramai 3,000 penduduk di kawasan ini berjalan mengelilingi bandar Batang Ai (tidak terlalu besar), ia menunjukkan demokrasi kita lebih liberal,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Bulan Dakwah Negeri Selangor 2009.
Menurut beliau, harapan untuk menang di Bukit Gantang cerah apabila Datuk Seri Mohamamad Nizar Jamaluddin diletakkan sebagai calon PR.
“Saya yakin pengundi akan memberi mandat kepada Nizar. Apabila beliau menang kelak, bermakna rakyat memberi mandat kepada beliau untuk meminta perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mengadakan pilihan raya semula di negeri itu,” katanya.
Menurut beliau, mungkin istana tidak mahu mengadakan pilihan raya semula kerana bimbang berlaku rusuhan ataupun perbalahan di antara pengundi namun sekiranya berjaya di Bukit Gantang, tidak ada sebab istana untuk berbuat demikian.
“Situasi ini penting sebagai batu loncatan kepada Perak, tapi kalau PR menang 3-0, ia petanda baik untuk kami berhadapan dengan isu ini” katanya.
Mengenai peluang di Bukit Selambau, Abdul Khalid berkata, calon yang bertanding juga akan mencuri undi penyokong-penyokong BN dan penyokong-penyokong PR.
“Dalam tempoh berkempen, kita berharap mereka mengenali calon kita (S Manikumar) dan seterusnya akan memilih beliau.” kata beliau lagi.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-89315368034223896192009-03-27T12:05:00.001+08:002009-03-27T12:05:35.381+08:00Amaran untuk semua peringkat: AzminGOMBAK SETIA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diberikan amaran, tetapi penghulu kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Majlis, pemimpin masjid dan surau juga diberikan amaran sekiranya tidak mampu berjuang untuk membela nasib rakyat. Menurutnya, ini penting dan wajar untuk memastikan mereka yang dipilih serta diberikan kepercayaan untuk memimpin penduduk di kawasan masing-masing dapat memainkan peranan termasuk turun ke peringkat bawah mengetahui masalah dihadapi rakyat. Katanya, mereka yang didapati gagal memainkan peranan dengan tugas dipertanggungjawabkan bukan saja diketepikan tapi juga tidak berpeluang untuk memegang sebarang jawatan pada masa depan. “Ketua-ketua kampung, Ahli Majlis dan pemimpin masjid dan surau yang dipilih harus memikul tanggungjawab dengan baik termasuk turun ke bawah untuk memahami masalah rakyat supaya rakyat hidup makmur di bawah pemerintahan PR. “Ia juga penting agar dasar kerajaan PR dapat disampaikan ke setiap peringkat akar umbi supaya rakyat tidak keliru dan perlu diperjelaskan seperti isu air di Selangor,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, ini penting supaya mereka yang dipilih di peringkat kampung dapat memanjangkan masalah dihadapi penduduk kepada pemimpin setempat yang terdiri dari ADUN mahupun Ahli Parlimen untuk diambil tindakan seterusnya. “Kita akan beri amaran keras terhadap mana-mana pemimpin yang tidak berkhidmat dengan baik bukan saja akan disingkirkan tapi tidak akan diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan pada pilihan raya akan datang,” katanya tegas ketika ditemui selepas majlis mesra rakyat yang dihadiri pemimpin yang terdiri daripada Ahli Majlis, Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung JKKK, pemimpin masjid dan surau DUN Gombak Setia di sini. Menurutnya, amaran tersebut perlu sebagai peringatan supaya mereka saling menasihati dan tidak alpa untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan bagi membantu rakyat dan kerajaan negeri. “Kita tidak mahu rakyat kecewa seperti pemerintahan sebelum ini dan perlunya PR membuat perubahan supaya rakyat dapat menilai dan memberi sokongan dan kita tidak akan berhadapan dengan masalah untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang,“ katanya.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-14003693641959604802009-03-27T11:58:00.000+08:002009-03-27T11:59:15.972+08:00Kerajaan negeri janji agih kekayaan sama rataSELAYANG- Kerajaan negeri berjanji akan mengagihkan kekayaan negeri ini kepada seluruh rakyatnya dengan sama rata. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infra-struktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Hassan Mohamed Ali berkata, negeri Selangor di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah mencatat sejarah tersendiri apabila pelaburan asing dari dalam dan luar negeri yang melabur ke negeri ini mencecah RM12 bilion. “Walaupun PR baru setahun memerintah tetapi telah mencatat sejarah apabila pelaburan asing dalam dan luar negeri mencecah RM12 bilion. “Ini menunjukkan pelabur mula yakin dengan negeri ini dan apa yang kita dapat akan dibahagikan sama rata kepada seluruh rakyat,” katanya pada Majlis Sambutan Konvoi ‘Whistle Stop’ di hentian kedua, Stadium Selayang semalam. Beliau berkata, barisan pimpinan kerajaan PR berjanji untuk tidak mementingkan diri seperti mana barisan pimpinan kerajaan lalu. “Secara peribadi, dalam masa setahun ini, Exco tak pernah cerita mengenai pembahagian tanah dalam kalangan Exco, Exco tak pernah cerita mengenai pembahagian rumah kedai antara Exco dan sebagainya. “Sebaliknya, kami dari barisan kepemimpinan kerajaan negeri akan cuba meletakkan diri kami dalam keadaan anda, kami akan cuba menyelami apa yang berlaku di sekitar anda, kami akan cuba memahami apa yang berlaku ke atas anda,” katanya. Menurutnya, Pakej Perangsang Ekonomi (PPE) yang dilancarkan kerajaan negeri baru-baru ini bakal menjadikan negeri ini sebagai tumpuan pelabur dan pelancong asing serta memberikan pulangan yang lumayan dalam masa beberapa tahun akan datang. “PPE yang hanya ada di Selangor ini memerlukan pelaburan modal bernilai RM50 bilion. “Selain bakal memberikan pulangan lumayan, PPE dijangka bakal menjana 150,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini,” katanya. Turut hadir pada hentian kedua konvoi ‘Whistle Stop’ itu ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin Azim, Ahli Perlimen Selayang, William Leong Jee Keen, ADUN Batu Caves, Aminudin Shari, ADUN Rawang, Gan Pei Nei dan ADUN Hulu Klang, Shaari Sungib. Karnival rakyat sempena menyambut konvoi ‘Whistle Stop’ tersebut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti gerai pameran dan informasi serta jualan produk tempatan. Konvoi tersebut akan terus bergerak selama tujuh hari lagi dan destinasi seterusnya adalah Petaling Jaya.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-46361294863948786202009-03-27T11:54:00.000+08:002009-03-27T11:55:46.480+08:00Tuduhan hanya perang psikologi: AmirudinJALAN SUNGAI TUA – Dakwaan kononnya wakil rakyat Gombak di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak turun padang, hanyalah tuduhan yang disifatkan sebagai ‘cubaan perang psikologi’ pihak berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, beliau percaya rakyat tidak akan mudah tertipu dengan tuduhan-tuduhan serta dakwaan tidak berasas. Menurutnya, sejak Pakatan Rakyat (PR) menerajui Selangor, pelbagai usaha mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dilakukan wakil rakyat PR, termasuk menyampaikan semua bentuk bantuan dan sumbangan dari kerajaan negeri. “Kalau diikutkan, kita sering kali datang bertemu penduduk untuk menyampaikan sumbangan seperti skim Mesra Warga Emas (MUE), program Tawas dan lain-lain. Mereka tidak berada di akar umbi dan tidak tahu mengenai perkara ini. “Cuma apabila kita buat demikian (turun padang), kita tidak menunjuk-nunjuk dengan memanggil pihak media untuk keluar dalam surat khabar dan sebagainya. Pada saya tuduhan pihak berkenaan tidak berasas,” katanya ketika ditemui di pejabat ADUN Batu Caves, di sini, kelmarin. Beliau berkata demikian, bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Datuk Omardin yang mendakwa rakyat sudah merasakan kekesalan dan ketidakpuasan hati, berikutan kononnya wakil rakyat PR Parlimen Gombak kurang turun padang untuk menyelami masalah rakyat seperti yang disiarkan akhbar Sinar 9 Februari lalu. Amirudin berharap pihak yang membuat tuduhan berkenaan, dapat mencerminkan diri mereka terlebih dahulu dan lihat apakah yang dilakukan mereka sebelum ini. “Bagaimanapun, kita harap masyarakat tidak khuatir kerana PR di Selangor sentiasa mencari pendekatan untuk kebajikan penduduk. Misalnya tiga hari lalu, semua wakil rakyat PR berkumpul di rumah Menteri Besar, bagi membincangkan dengan lebih mendalam apakah program yang patut dilaksanakan untuk membantu rakyat,” katanya. Menurut Amirudin, buat masa sekarang PR memberi penekanan terhadap sesuatu program yang dirancang sampai ke peringkat akar umbi dan dilaksanakan berpandukan kehendak masyarakat di peringkat berkenaan. “Misalnya, jika ada keperluan penduduk untuk mendirikan gerai-gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), barulah kita akan buat. Bukan seperti dulu, gerai sudah siap diluluskan, baru ditawar kepada peniaga untuk menyewa dan sebagainya, menyebabkan kadang-kala berlaku pembaziran. “Dulu kita lihat pemimpin-pemimpin disambut secara besar-besaran ketika turun padang. Tetapi wakil rakyat PR tidak sebegitu. Selain itu, banyak projek-projek mewah didirikan sebelum ini sedangkan masih ramai lagi rakyat menderita di peringkat akar umbi,” katanya.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-60339429922523664152009-03-27T11:36:00.000+08:002009-03-27T11:37:01.951+08:00Berhenti taja kekuatan Israel, AmerikaAU3/1 - Penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza masih belum menampakkan keredaan di mana tiada tanda-tanda gencatan senjata akan dilakukan oleh pihak Zionis. Sebagai umat Islam yang hanya dapat memerhati, hanya jambatan doa dan desakan yang boleh dilakukan selain tindakan memboikot bagi menggencatkan ekonomi pihak Amerika dan Israel. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, secara tidak sengaja, umat Islam baik di Malaysia dan seluruh dunia telah membantu atau menaja kekuatan pihak Zionis. Katanya, kita sebenarnya telah memenuhi impian Zionis dengan menaja mereka seperti menyokong membeli produk mereka contohnya tabiat merokok di negara ini. “Ada kajian menyatakan 12 peratus dari keuntungan hasil jualan rokok ini akan ditaja untuk mengukuhkan kerajaan Zionis. “Bayangkanlah jika kita masih tidak sedar yang mana selama ini kita seumpama telah memberi sokongan kepada pihak Zionis membunuh rakyat Palestin setiap hari,” katanya. Beliau berkata demikian kepada jemaah di Surau Ehsan AU3 semasa merasmikan Tabung Pembebasan Rakyat Palestin di sini, baru-baru ini. Saari berkata, selain menderma kepada rakyat Palestin, masyarakat juga perlu mengubah sikap mulai hari ini. “Berhati-hatilah setiap kali membeli barangan atau menggunakan produk mereka kerana secara tidak langsung telah memberi pengukuhan kepada pihak Zionis. “Contohnya, merokok bukan sahaja ada hukumnya tetapi moralnya sudah tidak betul kerana menaja kekuatan mereka,” katanya. Pada majlis tersebut sebanyak RM2,000 dapat dikumpulkan bagi mengisi Tabung Pembebasan Rakyat Palestin dan diserahkan pada ADUN Hulu Kelang untuk disampaikan kepada rakyat Palestin. Pengerusi Surau Al-Ehsan AU3/1, Muhamad Md Amin berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam membantu penderitaan yang sedang dialami oleh saudara Islam di bumi Gaza. “Kita hanya boleh memanjatkan doa agar semua umat Islam di dunia dapat bersatu menentang kezaliman ini. Diharap program seperti ini akan dilakukan di kawasan lain dan janganlah kita mengambil mudah atas apa yang berlaku di sana,” katanya.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-33540811453427806142009-03-27T11:33:00.000+08:002009-03-27T11:34:38.703+08:00Penduduk terima pampasan pemajuHULU KELANG - Perjuangan 27 keluarga peneroka di Kampung Batu 8 Hulu Kelang akhirnya selesai apabila hak mereka untuk mempertahankan kampung ditebus dengan pampasan oleh pemaju. Selepas gagal dalam tuntutan mahkamah se-belum ini, perjuangan untuk mendapatkan hak selama 40 tahun setelah meneroka tanah berkenaan akhirnya diselesaikan pada satu persetujuan bersama oleh syarikat pemaju dengan penduduk terlibat. Sehubungan dengan itu, tuan tanah, Syarikat Triumph City Sdn Bhd yang ingin membangunkan kawasan tersebut membayar wang pampasan kepada penduduk sejumlah RM480,000 berserta RM3,000 bagi setiap keluarga yang terbabit. Kelmarin, satu lagi pertemuan antara pemaju dengan penduduk berlangsung dan hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib sebagai saksi untuk me-ngesahkan penyerahan cek bernilai RM480,000 kepada peguam selaku wakil penduduk terlibat. Saari berkata, beliau bersyukur kerana akhirnya isu pendudukan Kampung Batu 8 selesai dan mereka yang terlibat bersetuju dengan tawaran pemaju. Menurut Saari, sebelum ini, baki 27 keluarga yang masih tinggal mem-pertahankan kampung berkenaan tidak pernah menerima sebarang pampasan daripada pemaju. “Bagaimanapun, isu itu dapat diselesaikan dengan tawaran pemaju yang akan membayar pampasan sebanyak nilai tanah sejumlah RM480,000 dan wang sagu hati sejumlah RM3,000 kepada keluarga di sini. “Dengan pampasan ini, penduduk akan bersepakat untuk membeli tanah yang dipersetujui bersama oleh mereka nanti,” kata Saari. Saari berkata, beliau turut menasihatkan ke-semua penduduk selepas ini agar sentiasa mengambil tahu sebarang masalah dan tidak hanya melepaskan tanggungjawab itu kepada ketua mereka. Katanya, beliau juga meminta kerjasama kepada semua penduduk agar mengosongkan kampung itu mengikut jadual seperti mana yang dijanjikan antara mereka yang terlibat dengan pemaju. Sementara itu, wakil pemaju, Zainorin Ali ber-kata, isu tersebut dapat diselesaikan melalui per-setujuan bersama dan beliau berharap tiada lagi masalah yang timbul selepas ini. “Saya melihat perkara ini mampu diselesaikan dan dirunding bersama jika wujud persefahaman untuk menyelesaikannya. “Saya turut melihat kejayaan merungkaikan masalah ini adalah contoh terbaik, di mana tidak semua masalah yang berlaku antara pemaju dan penduduk akan berlakunya kekecohan,” kata Zainorin. Menurut Zainorin lagi, kawasan Batu 8 ini akan dibangunkan 20 unit pusat perdagangan dan ada juga beberapa cadangan untuk membina pusat medan selera.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-48781990702640683442009-03-27T11:27:00.000+08:002009-03-27T11:31:40.290+08:00MPAJ ambil tindakan kelewatan pemajuHULU KELANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mengambil tindakan berkaitan masalah yang dihadapi oleh pembeli Apartmen Ukay Bistari berhubung kelewatan pemaju menyiapkan projek tersebut setelah pembeli mengadakan demonstrasi aman kerana tidak berpuas hati dengan sikap pemaju didakwa bersikap lepas tangan. Sinar Harian edisi 3 Januari lalu pernah melaporkan dakwaan pembeli terhadap pemaju yang didakwa lepas tangan apabila pihak pemaju tidak memberikan sebarang penyelesaian terhadap projek pembinaan rumah mereka yang terbengkalai sejak 2003 walaupun beberapa sesi pertemuan telah diadakan dengan pemaju berkenaan. Pegawai Perhubungan Awam (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, projek berkenaan telah diluluskan pada tahun 2003 dan telah memulakan kerja-kerja pembinaan pada tahun yang sama. Bagaimanapun kata Norhayati, projek tersebut dikategorikan sebagai projek yang bermasalah berikutan tempoh siap telah dipanjangkan sehingga Jun 2009. “MPAJ turut difahamkan pemaju tersebut tidak dapat menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh yang dicadangkan. “Sehingga kini, MPAJ juga masih menunggu jawapan dari pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan perkara ini juga telah dibincangkan pada peringkat Kerajaan Negeri Selangor dan satu mesyuarat akan diadakan dengan pihak pemaju berkenaan,” katanya.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-76989666557972200522009-03-27T11:12:00.001+08:002009-03-27T11:26:34.869+08:00Skim Mesra Usia Emas hargai jasa masyarakatAU1 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib menasihatkan rakyat supaya mengambil inisiatif yang disediakan oleh rakyat terutamanya konsep Mesra Berkebajikan yang diamalkan di negeri Selangor. Menurut beliau antara skim yang dilancarkan oleh negeri Selangor untuk kebajikan rakyat Selangor adalah Skim Mesra Usia Emas dan rakyat perlu memanfaatkan skim ini sepenuhnya. “Setakat ini sudah 700 warga emas di Hulu Kelang yang telah mendaftar dalam skim tersebut dan 37 waris telah pun menerima skim ini. “Jika ada kematian yang berlaku, saya berharap kepada jiran-jiran dan keluarga yang mengetahui skim ini supaya memaklumkan kepada pejabat ADUN agar mudah untuk kita menyalurkan sumbangan ini,” kata Saari Katanya, ini adalah sumbangan dan penghargaan kerajaan Selangor di atas jasa warga emas Selangor dan juga merupakan sunnah Islam dan tanda takziah kepada keluarga terbabit. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Kesihatan di Dewan Orang Ramai AU1A/2. Sementara itu, seramai 9 orang waris kepada skim tersebut menerima baki sumbangan skim yang berjumlah RM2,500 daripada Saari dan mereka merupakan kumpulan terawal yang mendaftar skim ini pada Disember tahun lalu Beliau berkata, skim ini bukan sahaja hanya untuk orang Islam tetapi juga terbuka kepada semua kaum yang berhak mendapat penghargaan dari kerajaan Selangor di atas sumbangan dan jasa mereka kepada negeri dan negara. “Bagaimanapun, masih ada lagi rakyat yang tidak mengetahui skim ini tetapi sekiranya perkara ini diketahui oleh pejabat DUN, kita tetap juga akan serahkan skim ini pada mereka Saari turut menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa menghargai kedua ibu bapa dengan menjaga dan membelai mereka sentiasa. “Inilah aset yang paling berharga dan juga kerajaan akan merasa rugi jika tidak dapat membalas jasa warga emas negeri Selangor,” katanya.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-60740546547384382962009-03-19T12:48:00.001+08:002009-04-06T12:51:34.018+08:00Isu LZS: Saari enggan mengalahSHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib tidak akan menarik balik kenyataan yang dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan pemindahan wang berjuta ringgit yang diagihkan pada 11 Disember 2008 ke MAA Takaful. Sebaliknya menurut beliau, usul tersebut dibahaskan untuk mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan secara lebih telus, berani dan cekap kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini. “Jadi, saya rasa tidak perlu untuk berbuat demikian (minta maaf) kerana ketika berada di dalam dewan, setiap ADUN mempunyai imuniti untuk membahaskan setiap usul. “Jika apa yang saya bahaskan itu tidak betul, ia menjadi tanggungjawab dan tugas Speaker dewan untuk membetulkannya,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa yang menggesa beliau supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian. Mohamad Adzib berkata, kenyataan tersebut berbaur fitnah serta menjatuhkan imej dan integriti Mais secara keseluruhannya yang dinaungi Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.
Mengulas mengenai perkara itu, Shaari berkata, tidak timbul isu fitnah atau ingin menjatuhkan imej serta integriti pihak berkenaan sebaliknya beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung isu tersebut. “Saya sudah pun membuat rujukan kepada Speaker DUN berhubung isu ini dan beliau berpendapat tidak timbul soal fitnah atau tuduhan kerana ia dibahaskan dalam sidang DUN. Jadi, saya rasa tidak perlu untuk saya menarik balik kenyataan tersebut atau tindakan undang-undang diambil ke atas saya. “Malah, saya terkejut kenapa seorang pegawai kerajaan seperti beliau boleh buat kenyataan seperti itu,” katanya. Kata Shaari, sebagai pegawai kerajaan, beliau sepatutnya menerima sebarang siasatan yang akan dilakukan untuk mengelakkan sebarang unsur rasuah ke atas institusi berkenaan. “Jika tidak ada apa-apa, beliau sepatutnya menerima cadangan tersebut dengan hati terbuka dan membiarkan siasatan tersebut dijalankan,” katanya.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-15855077273558827182009-03-11T12:59:00.001+08:002009-04-06T13:02:27.971+08:00Bebas setelah 10 tahun menungguPUTRAJAYA - Selepas menunggu hampir 10 tahun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali akhirnya lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah lain sebelum ini yang membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan memberi keterangan palsu.
Hakim Datuk Md Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Ma’arop dan Datuk Sulaiman Daud menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen bagi membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan itu.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Azmin, 42, berkata beliau amat lega kerana keputusan itu menunjukkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.
Pada 13 Julai 1999, Mohamed Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Hamdan Indah daripada tuduhan memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 9 Mac 1999.
Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail membenarkan rayuan itu dan mengarahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Sesyen bagi Mohamed Azmin membuat pembelaan.
Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan tetapi membenarkan permohonan Mohamed Azmin menangguhkan hukuman bagi beliau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Pada 1 November 2007, Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan awal Mahkamah Sesyen untuk membebaskan dan melepaskan Mohamed Azmin daripada tuduhan memberi keterangan palsu, dan ini mendorong pihak pembelaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. - BERNAMAAngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-8036322864910717942009-03-03T12:07:00.000+08:002009-03-27T12:07:59.137+08:00KWE terima peruntukan RM15,000TAMAN BOLTON – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15,000 kepada Kelab Warga Emas (KWE) Seri Gombak bagi membantu golongan berkenaan yang dianggotai seramai 800 warga emas dari pelbagai bangsa di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Moham-med Ali berkata, di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR), pihaknya sentiasa memikirkan masalah kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Menurutnya, kerajaan negeri di bawah pemerintahan PR akan sedaya upaya untuk mengubah cara pentadbiran negeri yang selama ini di tadbir Barisan Nasional (BN). “Kerajaan PR akan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat terutama golongan warga emas, ibu tunggal, warga miskin dan anak yatim tanpa mengira kaum, agama dan bangsa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina di sini. Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infra-struktur dan Kemudahan Awam, turut me-nyerahkan cek berjumlah RM5,000 kepada pihak pengurusan kelab tersebut pada majlis itu. Hadir sama, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Majlis Zon 8, Lim Ching How, Ahli Majlis Zon 11, A. Rahim Ahmad Kasdi dan Ahli majlis Zon 7, Maznah Abd Aziz. Hasan berkata, dalam tempoh 10 bulan PR memerintah di negeri ini pimpinan kerajaan PR bukan sahaja memikirkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik malah turut memikirkan kebajikan dan keselesaan golongan peniaga di negeri ini supaya mereka dapat berniaga di tempat yang strategik seterusnya berjaya dalam perniagaan yang diusahakan. “Walaupun masih baru memerintah kerajaan negeri namun dalam tempoh sepuluh bulan ini, kerajaan PR di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sentiasa prihatin dan memi-kirkan kebajikan golo-ngan peniaga selain memikirkan kebajikan rakyat yang kurang bernasib baik,” katanya. Sementara itu, Azmin Ali berjanji akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Kelab Warga Emas itu melalui peruntukan Ahli Parlimen tidak lama lagi. “Ini adalah peruntukan yang pertama kali diluluskan dalam usaha menjaga kebajikan warga emas di Seri Gombak,” katanya.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-91823527235999853592009-03-02T12:10:00.000+08:002009-03-27T12:11:33.670+08:00Insiden taktik lama orang UMNOTAMAN GOMBAK - Insiden berlaku di Parlimen baru-baru ini didakwa tindakan orang UMNO yang digunakan untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap pilihan raya kecil (PRK) di tiga tempat pada 7 April depan. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, ia didakwa adalah teknik lama yang sering digunakan UMNO, terutama kepada calon bertanding. Katanya, ia didakwa termasuk mereka yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi parti itu untuk meraih undi pada pemilihan UMNO 28 Mac. “Tidak kiralah calon bertanding jawatan ketua termasuk Majlis Tertinggi dilihat cuba mengalihkan pandangan orang ramai tentang PRK dan ia adalah peluang untuk mereka untuk menonjolkan diri memandangkan pemilihan UMNO tidak lama lagi,” kata Dr Hassan. Menurut beliau, situasi seperti itu bukan sahaja dicetuskan calon bertanding, malah ia juga didakwa dilakukan penyokong mereka. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, semakin hampir pemilihan UMNO, masing-masing (calon) mahu menunjuk dan berlumba membuat kebaikan seperti yang kerap dipaparkan dalam media menjelangnya pemilihan tersebut sebagai tanda untuk meraih undi. “Kita tahu ini taktik lama yang digunakan orang UMNO tiap kali menjelangnya pemilihan parti mereka,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang kepada seramai 250 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, di sini, semalam. Menurutnya, insiden itu juga didakwa salah satu yang dibuat untuk mengalih pandangan rakyat tentang apa yang berlaku di Perak dan juga Selangor. Kata beliau lagi, apa yang berlaku juga dianggap sebagai cara untuk mendewasakan Ahli Parlimen dan menjadikan mereka lebih bijaksana.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-3862236530501147582009-02-05T12:55:00.001+08:002009-04-06T12:57:18.921+08:00MB lantik Ahli Lembaga Pengarah PKNSSHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Teresa Kok Suh Sim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A Samad dan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.
Pelantikan itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang emdia selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di sini semalam.
Abdul Khalid berkata, pelantikan mereka akan membantu membawa PKNS mencapai matlamat asal dalam memberi fokus kepada perniagaan pembangunan hartanah.
“Di samping itu, kita yakin dan percaya mereka akan meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat serta memacu PKNS pada tahap yang lebih tinggi,” katanya.AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-19884527589223535812008-12-09T12:08:00.000+08:002009-03-27T12:13:02.853+08:00Wanita, AMK dekati masyarakatGOMBAK – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Gombak mengadakan program gotong-royong di Pondok Raudah, Batu 11 di sini. Timbalan ketuanya, Faridah Abdul Karim berkata, program itu adalah pertama kali diadakan melibatkan kepemimpinan Wanita PKR dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bahagian. Katanya, penyertaan mereka secara tidak langsung memberi peluang kepada dua pihak untuk mengenali antara satu sama lain, di samping mendekatkan diri dengan pengurusan pondok berkenaan. “Program ini kita adakan dengan kerjasama AMK Bahagian Gombak yang turut serta bersama Wanita melakukan kerja kebajikan seperti gotong-royong. “Kita dapati aktiviti ini lebih berkesan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat kampung dan memberi penerangan kepada komuniti mengenai organisasi kita,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Gotong-royong Membersihkan Pondok Raudah di sini. Faridah yang juga Exco Hal Ehwal Wanita PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia berkata, tujuan gotong-royong itu adalah untuk memberi keselesaan kepada penghuninya yang melibatkan anak yatim, pelajar miskin dan bermasalah. Menurutnya, dua sayap kanan PKR itu sentiasa mengambil berat kehidupan golongan berkenaan dan mendekatkan diri dari semasa ke semasa agar mereka tidak berasa terpinggir atau disisihkan. Sementara itu, Ketua AMK Bahagian, Jefrien Muhammad berkata, program berkenaan memberi peluang kepada ahli yang kebanyakannya kalangan belia untuk turun padang menjayakan aktiviti kemasyarakatan. Kata beliau, walaupun pertama kali PKR DUN Gombak Setia menganjurkan program gotong-royong, ia banyak memberi kesedaran kepada mereka untuk meneruskan lagi aktiviti kebajikan itu. “Kita memberi peluang kepada ahli untuk beramah mesra dengan penghuni di sini dan mengeratkan hubungan. Semuanya menerima baik program ini dan memberi kesan mendalam kepada kedua pihak untuk saling ingat mengingati mengenai keadaan masing-masing,” katanya. Menurut ahli AMK Gombak, Abdul Khalid Izad Che Om, program itu memberikan pengalaman berharga kepadanya dan rakan lain, sekali gus mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak berfaedah. Dia berharap, aktiviti seumpama itu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana memberi kebaikan dan kesedaran kepada merekaAngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-67593402029520385472008-10-10T16:17:00.001+08:002008-10-10T16:20:32.597+08:00NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AMK BAHAGIAN GOMBAKKepada, Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat, Bahagian Gombak
Saudara/Saudari,
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
PER : NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AMK BAHAGIAN GOMBAK BAGI TAHUN 2008
Menemui saudara ahli Parti semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada dalam semangat juang yang tinggi.
2. Merujuk kepada perkara di atas, Mesyuarat Agung Tahunan AMK Bahagian Gombak akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11/10/2008
Tempat : Pejabat Parlimen Gombak.
No.2, Lorong Perak, Pusat Bandar Taman Melawati
53300, Kuala Lumpur.
Masa : 2:00 petang
3. Agenda Mesyuarat:
i. Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Ketua AMK Bahagian
iii. Ucapan Perasmian
iv. Membentang dan mengesahkan Minit MATB AMK yang lalu
v. Membentang dan mengesahkan Penyata Tahunan Bahagian
vi. Membentang dan mengesahkan Penyata Kira-Kira
vii. Memilih perwakilan ke Kongres Nasional Tahunan AMK
viii. Perbahasan Usul (jika ada)
ix. Ucapan Penangguhan
Sekian harap maklum.
Yang Benar
SETIAUSAHA AMK BAHAGIAN
s.k.
1
Setiausaha AMK Malaysia
2
Setiausaha Angkatan Muda NegeriAngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-39642084214686280662008-09-21T21:30:00.000+08:002008-10-06T16:53:03.585+08:00Aktiviti Kemasyarakatan di bulan Ramadhan
Ramadhan tahun ini, dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong membersihkan surau dan kubur, sembahyang terawih di surau-surau dan mesjid-mesjid, edaran risalah parti beserta dengan edaran buah kurma dan bantuan makanan dan kewangan kepada golongan miskin untuk menceriakan mereka menyambut Syawal.
Aktiviti-aktiviti kami merangkumi setiap DUN di bawah Parlimen Gombak iaitu DUN Ulu Kelang, DUN Gombak Setia dan DUN Batu Caves.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan saudara-saudara AJK AMK Gombak, SKUAD Gombak, TEAM KASIH dan AJK Bahagian yang turut terlibat dengan begitu komited dalam menjayakan program-program yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada PENDERMA-PENDERMA yang sudi menderma tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program ini.
AngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4293320389001986861.post-48340281759237159892008-09-18T16:20:00.002+08:002008-09-18T16:29:29.494+08:00Call for Emergency Session of Parliament by September 2318
Sep
Call for Emergency Session of Parliament by September 23
Today Pakatan Rakyat leaders have submitted a letter to the Prime Minister requesting him to call an emergency session of Parliament to deliberate a motion of censure against the leadership of YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi no later than Tuesday 23 September 2008.
This is in accordance with Order 11(3) of the Standing Orders of Parliament and warrants an immediate response given the gravity of today’s political impasse. A delay in his response would be interpreted as nothing short of a further sabotage of the democratic process and abuse of Executive Power.
The Prime Minister’s haggling on the syntax of our first letter is puerile at best. The intent of our meeting as described in that letter was clearly to discuss the future course of the nation’s leadership – though in deference to his position and in accordance with acceptable norms we remain considerate and polite in our approach.
I find the Prime Minister’s comment about me in his press conference yesterday to be reckless and irresponsible in light of the disastrous outcome of last Friday’s ISA raids.
He has conflated what is essentially an issue of democracy, freedom and the rule of law with national security. The use of the ISA to harass and detain duly elected political opponents is a grave transgression of the law and its continued use would further erode confidence in the current government and exacerbate political instability.
As the incumbent Prime Minister actively holding office and exercising all Executive powers, and as the outgoing Finance Minister, we hold him fully accountable for the current political turmoil and mismanagement of the nation’s economy. His accusation that I have had an adverse impact on the nation’s economy is entirely without basis.
I have met with the key fund managers in the region, representing over USD 1 trillion in assets, and on multiple occasions they were unanimously in support of comprehensive reforms in Malaysia including judicial independence, a free media, a more professional police force and anti-corruption agency, investor friendly laws and assurances on the non-interference of politicians in the governance of Bank Negara. These are policies Pakatan Rakyat has promised to implement– and initiatives that the current administration has done virtually nothing to advance since March 8th.
ANWAR IBRAHIM
Leader of OppositionDe-facto leader, KeadilanAngkatanMudaKeAdiLan Bahagian Gombakhttp://www.blogger.com/profile/16336315730680644775noreply@blogger.com