Berita Terkini Sila Layari :- www.facebook.com/amkgombak
Pemilihan KJ, Najib bonus untuk PR
Persurujaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata demikian ketika diminta mengulas pilihan raya kecil di dua kawasan berkenaan.
Menurutnya, dalam pemilihan UMNO baru-baru ini, beliau merasakan terdapat satu lonjakan dan kekuatan baru kepada rakyat di kawasan yang menghadapi pilihan raya terutama pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, katanya terdapat tokoh lain yang sememangnya secara umum telah ditolak oleh rakyat tetapi telah ditabalkan sebagai pemimpin UMNO, perkara ini akan memberi kelebihan kepada PR.
“Begitu juga dengan isu poltik wang seperti yang dilaporkan dalam media hari ini (kelmarin) yang kemungkinan berlaku dalam kalangan pemimpin tertinggi yang dipilih pada pemilihan parti itu, semua ini rakyat akan nilai,” katanya.
Sementara itu beliau tidak menafikan kehadiran Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Ezam Mohd Noor dalam berkempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang bukan sahaja memberi kelebihan kepada UMNO tetapi turut memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat (PR).
Menurut beliau, kehadiran Ezam dalam berkempen dalam pilihan raya kecil ini dapat menarik pengundi atas pagar di Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau tetapi tidak sedikit pun menggugat pe-ngundi PR.
“Kehadiran Ezam ke sana memanglah diminta oleh orang UMNO dan apa yang saya rasakan kekua-tan Ezam barangkali dalam kalangan orang atas pagar tetapi tidak menggugat kita (PR),” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Ezam dalam berkempen.
Menurut Dr Hasan, dengan adanya isu besar seperti keruntuhan kerajaan PR dan pertabalan kerajaan baru yang sehingga sekarang belum mendapat jalan penyelesaian kecuali di peringkat makamah juga dilihat dapat memberi impak yang sangat besar sehingga mengundang simpati rakyat kepada PR.
Dr Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, berkata, soal isu besar ini tidak mampu dibawa oleh Ezam untuk memancing hati rakyat supaya memilih Barisan Nasional (BN) jika dibandingkan dengan isu yang dihadap oleh rakyat terutama di Bukit Gantang sekarang.
MB yakin menang
Kata beliau, PR kini berusaha keras untuk memastikan harapan menang bersih di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Batang Ai di Sarawak dan Bukit Selambau (Kedah) dan satu kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak menjadi kenyataan.
Keyakinan itu, katanya, ada kaitan dengan sokongan luar biasa pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut terhadap PR di ketiga-tiga kawasan semasa proses penamaan calon 29 Mac lalu.
“Pengalaman saya sewaktu penamaan calon di Batang Ai, saya dapati kumpulan daripada PR begitu ramai datang menyokong dan ini pertama kali dalam sejarah Negeri Sarawak, yang mana kumpulan penyokong bukan Barisan Nasional (BN) lebih ramai daripada BN.
“Kali pertama juga dalam sejarah di Batang Ai, seramai 3,000 penduduk di kawasan ini berjalan mengelilingi bandar Batang Ai (tidak terlalu besar), ia menunjukkan demokrasi kita lebih liberal,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Bulan Dakwah Negeri Selangor 2009.
Menurut beliau, harapan untuk menang di Bukit Gantang cerah apabila Datuk Seri Mohamamad Nizar Jamaluddin diletakkan sebagai calon PR.
“Saya yakin pengundi akan memberi mandat kepada Nizar. Apabila beliau menang kelak, bermakna rakyat memberi mandat kepada beliau untuk meminta perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mengadakan pilihan raya semula di negeri itu,” katanya.
Menurut beliau, mungkin istana tidak mahu mengadakan pilihan raya semula kerana bimbang berlaku rusuhan ataupun perbalahan di antara pengundi namun sekiranya berjaya di Bukit Gantang, tidak ada sebab istana untuk berbuat demikian.
“Situasi ini penting sebagai batu loncatan kepada Perak, tapi kalau PR menang 3-0, ia petanda baik untuk kami berhadapan dengan isu ini” katanya.
Mengenai peluang di Bukit Selambau, Abdul Khalid berkata, calon yang bertanding juga akan mencuri undi penyokong-penyokong BN dan penyokong-penyokong PR.
“Dalam tempoh berkempen, kita berharap mereka mengenali calon kita (S Manikumar) dan seterusnya akan memilih beliau.” kata beliau lagi.
Amaran untuk semua peringkat: Azmin
Kerajaan negeri janji agih kekayaan sama rata
Tuduhan hanya perang psikologi: Amirudin
Berhenti taja kekuatan Israel, Amerika
Penduduk terima pampasan pemaju
MPAJ ambil tindakan kelewatan pemaju
Skim Mesra Usia Emas hargai jasa masyarakat
Isu LZS: Saari enggan mengalah
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa yang menggesa beliau supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian. Mohamad Adzib berkata, kenyataan tersebut berbaur fitnah serta menjatuhkan imej dan integriti Mais secara keseluruhannya yang dinaungi Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.
Mengulas mengenai perkara itu, Shaari berkata, tidak timbul isu fitnah atau ingin menjatuhkan imej serta integriti pihak berkenaan sebaliknya beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung isu tersebut. “Saya sudah pun membuat rujukan kepada Speaker DUN berhubung isu ini dan beliau berpendapat tidak timbul soal fitnah atau tuduhan kerana ia dibahaskan dalam sidang DUN. Jadi, saya rasa tidak perlu untuk saya menarik balik kenyataan tersebut atau tindakan undang-undang diambil ke atas saya. “Malah, saya terkejut kenapa seorang pegawai kerajaan seperti beliau boleh buat kenyataan seperti itu,” katanya. Kata Shaari, sebagai pegawai kerajaan, beliau sepatutnya menerima sebarang siasatan yang akan dilakukan untuk mengelakkan sebarang unsur rasuah ke atas institusi berkenaan. “Jika tidak ada apa-apa, beliau sepatutnya menerima cadangan tersebut dengan hati terbuka dan membiarkan siasatan tersebut dijalankan,” katanya.
Bebas setelah 10 tahun menunggu
Hakim Datuk Md Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Ma’arop dan Datuk Sulaiman Daud menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen bagi membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan itu.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Azmin, 42, berkata beliau amat lega kerana keputusan itu menunjukkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.
Pada 13 Julai 1999, Mohamed Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Hamdan Indah daripada tuduhan memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 9 Mac 1999.
Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail membenarkan rayuan itu dan mengarahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Sesyen bagi Mohamed Azmin membuat pembelaan.
Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan tetapi membenarkan permohonan Mohamed Azmin menangguhkan hukuman bagi beliau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Pada 1 November 2007, Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan awal Mahkamah Sesyen untuk membebaskan dan melepaskan Mohamed Azmin daripada tuduhan memberi keterangan palsu, dan ini mendorong pihak pembelaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. - BERNAMA
KWE terima peruntukan RM15,000
Insiden taktik lama orang UMNO
MB lantik Ahli Lembaga Pengarah PKNS
Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Teresa Kok Suh Sim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A Samad dan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.
Pelantikan itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang emdia selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di sini semalam.
Abdul Khalid berkata, pelantikan mereka akan membantu membawa PKNS mencapai matlamat asal dalam memberi fokus kepada perniagaan pembangunan hartanah.
“Di samping itu, kita yakin dan percaya mereka akan meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat serta memacu PKNS pada tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Wanita, AMK dekati masyarakat
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AMK BAHAGIAN GOMBAK
Saudara/Saudari,
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
PER : NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AMK BAHAGIAN GOMBAK BAGI TAHUN 2008
Menemui saudara ahli Parti semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada dalam semangat juang yang tinggi.
2. Merujuk kepada perkara di atas, Mesyuarat Agung Tahunan AMK Bahagian Gombak akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11/10/2008
Tempat : Pejabat Parlimen Gombak.
No.2, Lorong Perak, Pusat Bandar Taman Melawati
53300, Kuala Lumpur.
Masa : 2:00 petang
3. Agenda Mesyuarat:
i. Aluan Pengerusi
ii. Ucapan Ketua AMK Bahagian
iii. Ucapan Perasmian
iv. Membentang dan mengesahkan Minit MATB AMK yang lalu
v. Membentang dan mengesahkan Penyata Tahunan Bahagian
vi. Membentang dan mengesahkan Penyata Kira-Kira
vii. Memilih perwakilan ke Kongres Nasional Tahunan AMK
viii. Perbahasan Usul (jika ada)
ix. Ucapan Penangguhan
Sekian harap maklum.
Yang Benar
…………………………….............
SETIAUSAHA AMK BAHAGIAN
s.k.
1
Setiausaha AMK Malaysia
2
Setiausaha Angkatan Muda Negeri
Aktiviti Kemasyarakatan di bulan Ramadhan
Call for Emergency Session of Parliament by September 23
Sep
Call for Emergency Session of Parliament by September 23
Today Pakatan Rakyat leaders have submitted a letter to the Prime Minister requesting him to call an emergency session of Parliament to deliberate a motion of censure against the leadership of YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi no later than Tuesday 23 September 2008.
This is in accordance with Order 11(3) of the Standing Orders of Parliament and warrants an immediate response given the gravity of today’s political impasse. A delay in his response would be interpreted as nothing short of a further sabotage of the democratic process and abuse of Executive Power.
The Prime Minister’s haggling on the syntax of our first letter is puerile at best. The intent of our meeting as described in that letter was clearly to discuss the future course of the nation’s leadership – though in deference to his position and in accordance with acceptable norms we remain considerate and polite in our approach.
I find the Prime Minister’s comment about me in his press conference yesterday to be reckless and irresponsible in light of the disastrous outcome of last Friday’s ISA raids.
He has conflated what is essentially an issue of democracy, freedom and the rule of law with national security. The use of the ISA to harass and detain duly elected political opponents is a grave transgression of the law and its continued use would further erode confidence in the current government and exacerbate political instability.
As the incumbent Prime Minister actively holding office and exercising all Executive powers, and as the outgoing Finance Minister, we hold him fully accountable for the current political turmoil and mismanagement of the nation’s economy. His accusation that I have had an adverse impact on the nation’s economy is entirely without basis.
I have met with the key fund managers in the region, representing over USD 1 trillion in assets, and on multiple occasions they were unanimously in support of comprehensive reforms in Malaysia including judicial independence, a free media, a more professional police force and anti-corruption agency, investor friendly laws and assurances on the non-interference of politicians in the governance of Bank Negara. These are policies Pakatan Rakyat has promised to implement– and initiatives that the current administration has done virtually nothing to advance since March 8th.
ANWAR IBRAHIM
Leader of OppositionDe-facto leader, Keadilan
Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful

Imam diarah hadir sumpah Saiful

Jimadie Shah Othman Aug 21, 08 6:10pm
Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843
Oleh Pakatan RakyatSiapa Imam Masjid Wilayah Persekutuan????? ... Oleh Topeng_Perak

Betul ke Ramlang ni Imam macam yang akhbar laporkan masa Say Fool buat sumpah mubahalah?
Balik dari Permatang Pauh aku dapat 1 sms maklumkan bahawa Imam Masjid Wilayah tak terlibat dalam majlis sumpah Say Fool...aish...lagi la aku keliru....setahu aku semua media melaporkan bahawa majlis tersebut disertai oleh Imam Masjid Wilayah...
[ sini ]
Cawangan >> Sumber Ilmu & MaklumatNama : Mohd. Zulkhairi bin Zulkifli
Sebuah artikel dari kenalan - Letrik Naik!!! TNB??

Oleh kerana orang politik nak bisnes...mereka STOP sebahagian besar operasi turbin (yang memang murah harganya untuk rakyat) dan mencari akal serta menwujudkan jana letrik swasta yang banyak dibina ditepi laut seperti yang anda sedia maklum stesen janakuasa tersebut semuanya menggunakan minyak diesel dan arang batu.Yang sedih nya kerajaan dipaksa sign kontrak mesti membeli letrik dari stesen-stesen politik ini dan kongkong operasi turbin empangan.Operasi stesen-stesen itu sahaja yang selalu diwar-warkan..dan diperbesar-besarkan dalam TV/media mengatakan kos operasi letrik tinggi dan bermacam-macam lagi akibat kenaikan harga minyak dan arang batu. APA SUDAH JADI NI???Kenapa tak pernah tunjukkan kos operasi Turbin empangan yang menggunakan air itu.?Kesian rakyat Malaysia di perbodoh-bodohkan oleh pemimpin-pemimpin ular sawa .
Ada sumber letrik (empangan) harga yang murah untuk dinikmati rakyat tapi kenapa diarah Slow-Down operasinya.....dan MENGAPA? mengujudkan janaletrik swasta dan paksa rakyat membayar dengan harga setiap tahunsemakin tinggi??? Why..why..why...Majoriti percaya Bala cakap benar
Sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam semalam, percaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan.
Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta).
Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.
Manakala 86 peratus berpendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan - remaja berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh bekas bosnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih kurang jumlah yang sama - 5,102 atau 80 peratus - menolak andaian yang Anwar sengaja berpakat dengan Saiful untuk membuat tuduhan liwat tersebut - untuk mendapatkan simpati masyarakat.
Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang "melindungi" Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu.
Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu.
Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih "berada di Malaysia".
Anwar syak laporan dipalsukan
Jul 1, 08 12:02pm
kemaskini 5:59pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini bergelut dengan isu panas didakwa meliwat pembantunya, membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis kontinjen Selangor hari ini.
Penasihat PKR sampai kira-kira jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair.Laporan polis berhubung laporan siasatan kes beliau ditumbuk oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail. "Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. "Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," kata Anwar dalam laporan polis itu. "Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti 'the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow' [bentuk dan ciri kecederaan tidak konsisten dengan pukulan secara langsung], 'accidental nature of the injuries could not be ruled out' [kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak] dan 'self-inflicted nature of the injury should be considered [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan]. "Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan laporan kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah." Abdul Gani waktu itu bertugas sebagai timbalan pendakwaraya kanan, antara pegawai paling kanan selepas Mokhtar.
Sebelum itu beberapa peguam dan pemimpin PKR tiba di IPK tersebut di Shah Alam - naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, bendahari parti William Leong dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Md Akin.Turut hadir, exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar.Kira-kira 30 orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPK. Mereka tidak dibenarkan masuk sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar.Beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar hadir di depan pintu masuk ibu pejabat polis tersebut. Mereka turut dihalang masuk.Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan itu jam 3.20 petang dan menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya untuk mengadakan sidang media.Menurut siaran media PKR pagi tadi, satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.
Sementara itu tiada sidang media keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa penasihat PKR meliwatnya - seperti diura-urakan dalam kalangan media sebelumnya.Malaysiakini difahamkan pemuda itu akan mengadakan sidang akhbarnya dalam tempoh beberapa hari lagi.Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam menyiasat di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.
Laporan polis Anwar Ibrahim 1 Julai 2008
Jul 1, 08 5:37pm
Berikut teks lengkap laporan polis yang dibuat di ibu pejabat polis kontinjen Selangor di Shah Alam petang ini:
Saya, Anwar bin Ibrahim (No K/P: 470810-07-5095), sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.
1. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.
2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.
3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.
4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).
5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 1998. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.
6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.
7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.
8. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.
9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.
10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.
11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.
12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.
13. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa "... was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?" Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.
14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:
a. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99.
b. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman
c. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.
15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.
Anwar bin Ibrahim1 Julai 2008
DSAI Buat Lapuran Polis
Jul 1, 08 12:02pm
kemaskini 3:29pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini bergelut dengan isu panas didakwa meliwat pembantunya, tiba untuk membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis kontinjen Selangor hari ini. Penasihat PKR sampai kira-kira jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair.Laporan polis dipercayai berhubung dakwaan terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Sebelum itu beberapa peguam dan pemimpin PKR tiba di IPK itu di Shah Alam - naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, bendahari parti William Leong dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Md Akin.Turut hadir, exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar.Kira-kira 30 orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPK. Mereka tidak dibenarkan masuk sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar. Beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar hadir di depan pintu masuk ibu pejabat polis tersebut. Mereka turut dihalang masuk.
Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan itu jam 3.20 petang dan dijangka menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya. Beliau dijadual mengadakan sidang media di situ.Menurut siaran media PKR pagi tadi, penasihat PKR juga menyeru para penyokongnya berkumpul di ibu pejabat parti itu tidak lama selepas laporan polis tersebut.Satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.Sementara itu tiada sidang media keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa penasihat PKR meliwatnya - seperti diura-urakan dalam kalangan media sebelumnya.Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam, menjalankan siasatan di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.
Anwar diberi amaran tentang Saiful - MalaysiaKini
Jimadie Shah Othman Jun 30, 08 12:55pm
kemaskini 8:45pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Mohd Saiful mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac. Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya" yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."Saya juga beri beberapa pautan blog tentang budak (Mohd Saiful) itu. Tidak tahulah sama ada dia baca atau tidak," kata sumber.Anwar juga didakwa tidak memberikan sebarang respons kepada emel itu.Malaysiakini difahamkan, malah Anwar pula yang menyarankan sindiran-sindiran terbuka terhadap pembantunya itu ditarik balik apabila wujud tulisan-tulisan blog yang meraguinya – terbaru, arahan itu dikeluarkan kira-kira dua minggu lepas.Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas Yusof, pegawai khas Datuk Seri Najib Razak.
Foto-foto pemuda itu dengan beberapa menteri seperti Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mustapa Mohamed turut diedar di internet - ketiga-tiganya hari ini menafikan pembabitan dengan kes terbaru Anwar. Najib juga menafikan penglibatannya dengan kes sensasi ini.Sumber-sumber memberitahu lagi, Mohd Saiful disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi."Selepas proses pemilihan ketua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), walaupun dari segi undian berada di tempat kedua atau ketiga tercorot, beliau berjaya mempengaruhi orang lain yang dapat undi lebih tinggi daripadanya agar memilih beliau sebagai timbalan presiden."Pemimpin majlis itu bagi sesi 2006/07 didakwa lebih menonjol daripada presiden sendiri kerana bijak mempromosikan diri sendiri, tambah sumber yang pernah mengenalinya.Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster."Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber.Anak kelahiran Johor yang membesar di Damansara itu dipercayai mendekati pentadbiran pejabat Anwar melalui teman lamanya
Rahimi Osman yang ketika itu bertugas di pejabat berkenaan.Kedua-dua rakan sebaya itu dipercayai berkenalan sejak berumur 13 tahun kerana belajar di sebuah sekolah yang sama di Damansara.Rahimi bertanggungjawab menyelaraskan jadual dan mengiringi ketua umum PKR itu dalam program-program yang dihadirinya ketika pilihanraya Mac lalu – kali pertama Mohd Saiful dilihat bersama kumpulan penyokong dekat Anwar.Namun, selepas Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat itu lebih kurang sebulan lepas, tugas-tugas itu diambil alih oleh Mohd Saiful."Tidak pasti bagaimana proses dia masuk, mungkin waktu itu tidak ada orang," kata sumber, sambil menambah, jawatan anak muda itu di pejabat Anwar "tidak jelas". "Dalam kad nama dia, hanya bertulis nama dan alamat pejabat Anwar (tanpa nama jawatan)."Usaha mendapatkan reaksi daripada Mohd Saiful sehingga kini gagal. Beliau tiada di rumah bapa saudaranya di Bandar Utama sewaktu lawatan Malaysiakini tengah hari tadi.Sementara itu, sumber di kampus lamanya memberitahu, beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi dan dekat dengan kerajaan dalam majlis pelajar tersebut. Di kampus itu, ahli-ahli MPP lazimnya tidak condong kepada mana-mana kumpulan politik, tambah sumber.Mohd Saiful juga pernah mengajak beberapa rakannya menyertai Umno."Dia pernah mengajak saya menyertai Puteri Umno. Saya terkejut juga pada mulanya," kata sumber, yang mengenalinya.Kata sumber lagi, sikap Mohd Saiful yang pro-Aspirasi kelihatan lebih ketara selepas pulang menghadiri seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Filipina penghujung Januari tahun lalu.Seminar di luar negara itu disertai oleh pemimpin mahasiswa institusi pengajian tinggi dan swasta yang terpilih dari seluruh negara.
Anwar leaves Turkish embassy
Opposition leader Anwar Ibrahim walked out of the Turkish embassy in Kuala Lumpur at 6.45pm today where he took refuge after being hit with sodomy accusations.
He told journalists that he had decided to leave after getting assurances for his safety from three ministers - Home Minister Syed Hamid Albar, Foreign Minister Rais Yatim and Deputy Prime Minister Najib Razak.
"I've decided to leave after getting assurances from the statements of the foreign minister, the home minister and the deputy prime minister," said a rather fresh-looking Anwar.
CERITA Ladang EPAL
Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladangnya. Setiap seorang pekerjanya memakan sebiji epal (percuma) sehari semasa mengendalikan ladang tersebut.Selebihnya 4 biji epal, Cek D menjualkanya dengan harga pasaran RM10 sebiji dan beliau memperolehi RM40 sehari. Emmm… sebiji lagi Cek D dah makan laa...
Daripada RM40 Cek D menggunakan RM25 untuk urusan ladang epalnya setiap hari. Dengan upah pekerja RM2 sehari beliau masih mempunyai untung bersih sebanyak RM5.Masa berganti masa, ladang Cek D semakin berkembang dan maju dengan usaha pekerja seramai 5 orang tadi dan mereka juga gembira bekerja di bawah Cek D.
Pada suatu hari ladang Cek D diambil alih oleh seorang bernama Pak Abdula dan beliau gembira dapat mengambilalih ladang tersebut dan masih mengekalkan 5 orang pekerja tadi.”Saya ingin membuat pembaharuan terhadap ladang ini dan mahu mengubah cara pengurusannya supaya berhemat”.. begitulah kata Pak Abdula kepada 5 orang pekerjanya. “Mulai hari ini kamu dikehendaki membayar RM1 untuk setiap biji epal yang kamu makan setiap hari”.Harga RM1 adalah lebih murah daripada harga di pasaran dan pendapatan pekerja telah berkurangan iaitu hanya RM1 sahaja sehari (sebab RM1 bayar untuk sebiji epal, dulu free). Pak Abdula menjual epal sepertimana Cek D dan mendapat setiap hari sebanyak RM40.Seperti biasa Pak Abdula gunakan RM25 untuk perbelanjaan ladang dan RM10 untuk gaji pekerja. Pak Abdula juga mendapat untung RM5 seperti Cek D dahulu, tetapi ditambah lagi RM5 untuk epal yang dijual pada pekerjanya, jadi Pak Abdula dapat untung RM10 setiap hari. Bijak si Pak Abdula ni..Tiba tiba harga epal naik mendadak sehingga mencecah RM20 sebiji, Pak Abdula dapat RM80 untuk 4 biji epal yang dijual setiap hari.
Bila dah dapat duit lebih maka….Beliau membuat keputusan untuk menaiktaraf ladang beliau dan memberikan kontrak kepada kawan rapatnya iaitu Samy. Samy kata;… “Apple cost naik, improvement cost also moosti naik”.. jadi kos ladang menjadi dari RM25 kepada RM50. Sebenarnya kenaikan adalah setakat nilai RM30 sahaja dan bukan RM50. Jadi keuntungan RM20 dikongsi oleh Samy dan Pak Abdula, dapat la untung RM10 setiap seorang.Cuba kira berapa Pak Abdula dapat sehari:- RM 10 untuk kerja menaiktaraf ladangRM 5 hasil dari penjualan epal kepada pekerjanyaRM 20 daripada penjualan epal di pasaran
(iaitu RM80 harga epal - RM50 kos naiktaraf ¨- RM10 gaji pekerja = RM 20)So keuntungan Pak Adula adalah RM10 + RM5 + RM20 = RM35 sehari.
Jika dibandingkan semasa Cek D mengendalikan ladang tersebut, keuntungan bertambah sebanyak RM25 tetapi pekerja hanya mendapat RM 1 sehari setiap orang (setelah ditolak dengan harga epal yang dimakan).
Dengan keuntungan tersebut Pak Abdula menjadi semakin tamak dan berkata kepada pekerjanya `kamu semua lihat harga epal dipasaran adalah RM20 sebiji dan kamu hanya membayar RM1 sahaja sebiji, jadi bertuahnya kamu kerana saya memberi SUBSIDI sebanyak RM19 kepada setiap kamu. Untuk semua epal yang kamu beli maka SUBSIDI yang saya beri adalah sebanyak RM95`.` kalau keadaan begini berterusan maka ladang ini mungkin bankrap dan kita tidak boleh begini, jadi untuk mengelakkan kita bankrap maka saya akan naikkan harga epal yang saya jual kepada kamu daripada RM1 kepada RM1.50. Dengan itu saya dapat mengurangkan SUBSIDI kepada kamu sehingga nilai RM 18.50`.Pak Abdula tamak dan mendapat keuntungan RM 2 (RM 0.50 x 4 diambil dari pekerja) dan nilai keuntungan keseluruhan bertambah menjadi RM35 + RM2 = RM37. Setelah membaca dengan teliti cerita tadi anda mungkin paham apa yang dikatakan dengan SUBSIDI. Jadi SUBSIDI RM95 dalam citer diatas tu sebenarnya tak perlu wujud. Jadi bagi kes kenaikan harga minyak
didunia, apakah SUBSIDI yang dikatakan berjumlah RM52 billion tersebut wujud atau sengaja `direka` oleh K****aan. Jadi mengurangkan SUBSIDI minyak sebenarnya alasan untuk mendapatkan duit rakyat dan kita tanpa disedari telah dirompak oleh K****aan.
Article ini daripada email yang saya perolehi..
Target - 1 mil protesters for July 12 rally
An anti-fuel hike coalition is targeting a massive one million people to participate in their oil price increase demonstration at KLCC on July 12.
Part 1: Uncensored with Francis Paul Siah
Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar faces editor Francis Siah in the inaugural edition of Malaysiakini's new talk-show, 'Uncensored with Francis'.
She speaks about her newfound fame and responsibilities as a parliamentarian, and what it's like being the daughter of PKR de facto leader Anwar Ibrahim, as well as her childhood.
Minyak Naik....Darah Naik

DON'T JUST SIMPLY INSTRUCT THE PEOPLE WHO ARE THE VOTERS WHO REALLY MADE YOU PEOPLE TO BE IN THAT POSITIONS - YOU SHOULD REALISE THAT - DON'T WASTE RAKYAT'S MONEY. GOVERNMENT FUNDS ARE REALLY BELONG TO THE RAKYAT.
UBAH GAYA HIDUP PUAK PUAK MENTERI MENTERI DAN KAUM KELUARGA JUGA ...... JANGAN ASYIK BERGAYA DENGAN WANG RAKYAT SEMATA-MATA.
JANGAN ASYIK BERMEWAH-MEWAH DENGAN WANG RAKYAT SAHAJA.
INI DITUJUKAN KHAS KEPADA PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI NYA - BERSANTAI KE LUAR NEGARA - BUSINESS-TRIP KONONNYA DAN TURUT SAMA JUGA BINI-BINI MENTERI-MENTERI KANAN DAN KIRI - DENGAN BEGITU GHAIRAH BERBELANJA - SAMBIL SHOPPING SPREE DI LUAR NEGARA.
DUIT RAKYAT DIKIRA DUIT MEREKA.
IT SEEMS THAT YOU ALL SPEND RAKYAT'S MONEY LIKE NOBODY'S BUSINESS.
DON'T TREAT RAKYAT'S MONEY LIKE YOUR GRANDFATHER'S INHERITED WEALTH & PROPERTY. THIS ALSO APPLIES TO THE WIVES OF THOSE CONCERNED.
EVERYBODY KNOWS - THE WHOLE WORLD KNOWS TOO.



















